Perlawanan antara JDT vs Ulsan HD dalam AFC Champions League Elite (ACL) 2024 menjadi tumpuan ramai, bukan sekadar peminat JDT tetapi peminat bola sepak seluruh Malaysia.
Daya tarik perlawanan ini bertambah apabila Ulsan HD kini dikendalikan oleh bekas Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon.
Beliau sebelum ini membawa nama Malaysia di peringkat antarabangsa, tetapi kali ini, beliau akan berdepan pasukan wakil negara dalam perlawanan yang mendebarkan.
JDT dan Ulsan HD akan berentap pada hari Selasa, 5 November 2024, di Stadium Sultan Ismail (SSI), Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Sepak mula dijadualkan pada jam 8.00 malam. Anda boleh menonton perlawanan ini secara langsung di Astro Arena Bola 803 atau melalui live streaming di platform Sooka.
Peringkat Kumpulan - Zon Timur
Ini merupakan perlawanan keempat JDT dan Ulsan HD dalam ACL Elite 2024. Setakat ini, JDT mencatatkan 4 mata melalui satu kemenangan, satu seri, dan satu kekalahan.
Manakala Ulsan HD, meskipun juara K League 2024, belum mencatat kemenangan setelah tewas dalam tiga perlawanan pertama. Situasi ini meletakkan JDT di kedudukan ke-5 dan Ulsan HD di tangga ke-12 dalam kumpulan Zon Timur.
Sejarah Rekod Pertemuan
Mengimbas sejarah, JDT dan Ulsan HD sudah bertemu empat kali dalam saingan AFC, dengan JDT berjaya mencatat tiga kemenangan.
Kali terakhir pertemuan mereka dalam ACL 2023 menyaksikan keputusan seimbang – JDT tewas dalam perlawanan pertama tetapi bangkit menang dalam perlawanan kedua.
Dengan prestasi semasa dan sokongan padu di halaman sendiri, JDT berpotensi untuk meraih tiga mata dalam perlawanan ini. Pastikan anda menyaksikan siaran langsung perlawanan ini dan beri sokongan kepada JDT!
Keputusan Perlawanan
FT : JDT (3) - (0) Ulsan HD
- Arif Aiman 8'
- Oscar Arribas 67'
- Bergson 88'
Masa : 8.00 pm
Venue : Stadium Sultan Ismail
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka