ACL2 : Info Siaran Langsung Live Streaming Jeonbuk Hyundai vs Selangor

ACL2 : Info Siaran Langsung Live Streaming Jeonbuk Hyundai vs Selangor

Aksi menarik antara Jeonbuk Hyundai vs Selangor FC dalam kejohanan AFC Champions League Two (ACL2) musim 2024/2025 akan berlangsung tak lama lagi.

Pertemuan ini menampilkan Selangor sebagai wakil dari Malaysia yang akan menentang kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai, dalam perlawanan keempat kumpulan H.

Pertarungan ini penting buat Selangor yang kini dipimpin oleh jurulatih interim Abdifitaah Hassan, selepas pemergian ketua jurulatih sebelumnya, Nidzam Jamil.

Perlawanan Pusingan Kedua Kumpulan H

Setelah melalui pusingan pertama, aksi kumpulan H kini memasuki pusingan kedua di mana setiap pasukan akan bertemu sekali lagi untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam carta.

Selangor kini di tempat teratas dengan 7 mata selepas mencatatkan dua kemenangan dan satu seri. Sementara itu, Jeonbuk Hyundai berada di tangga kedua dengan 6 mata, hasil dua kemenangan dan satu kekalahan.

Kedudukan ini menjadikan perlawanan pada 7 November 2024 di Stadium Piala Dunia Jeonju amat penting bagi kedua-dua pasukan.

Jeonbuk Hyundai Bersedia untuk Tuntut Kemenangan

Pertemuan pertama antara Jeonbuk Hyundai dan Selangor yang berlangsung di MBPJ Stadium berakhir dengan kemenangan 2-1 buat Selangor.

Kali ini, Jeonbuk Hyundai akan bermain di laman sendiri, di mana mereka berpeluang menggunakan kelebihan sokongan peminat setia untuk menuntut kemenangan.

Selangor perlu bersedia untuk menghadapi cabaran berat ini kerana Jeonbuk Hyundai pasti akan tampil dengan strategi baru.

Tonton Siaran Langsung

Para penyokong bola sepak di Malaysia boleh menonton perlawanan ini secara langsung di Astro Arena Bola 803 atau melalui streaming di Sooka pada pukul 6.00 petang waktu Malaysia.

Keputusan Perlawanan

FT : Jeonbuk Hyundai (1) - (0) Selangor

  • Tiago Orobo 22'

Masa : 6.00 pm
Venue : Stadium Piala Dunia Jeonbuk
TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Aiman

Kaki travel weh Sponser la aku jalan | aiman6991@gmail.com

Post a Comment

Previous Post Next Post