Selepas keputusan seri 1-1 dalam pertemuan pertama di Thailand, Selangor kini mempunyai peluang besar memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri. Kemenangan akan memastikan mereka menjadi salah satu daripada dua pasukan terbaik kumpulan.
Maklumat Perlawanan
Perlawanan Ini akan belangsung pada 28 November 2024, hari Khamis, pukul 8.00 malam bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Tiket boleh didapati melalui https://www.tickethotline.com.my/.
Bagi yang tidak dapat hadir, anda boleh menonton siaran langsung di Astro Arena Bola 803 atau tontonan secara live streaming di aplikasi Sooka
Jurulatih Baharu, Harapan Baharu
Pertemuan kali ini juga istimewa kerana merupakan perlawanan pertama jurulatih baharu Selangor, Katsuhito Kinoshi. Beliau menggantikan Nidzam Jamil yang mengundurkan diri dan membawa harapan untuk memperbaiki prestasi pasukan.
Strategi baharu dan bimbingan Kinoshi dijangka memberi impak besar kepada Selangor dalam perlawanan penting ini.
Pertemuan Selangor vs Muangthong United adalah peluang keemasan buat Selangor untuk melangkah ke peringkat kalah mati. Jangan lepaskan peluang menyokong pasukan sama ada di stadium atau melalui siaran langsung.
Keputusan Perlawanan
FT : Selangor (1) - (2) Muangthong United
- Quentin Cheng 5'
- Felicio Forbes 53'
- Poramet Arjvirai 76'
Masa : 8.00 pm
Venue : Stadium MBPJ
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka