Info Siaran Langsung New Zealand vs Malaysia

Info Siaran Langsung New Zealand vs Malaysia

Perlawanan persahabatan Tier 1 antara New Zealand vs Malaysia pada 14 Oktober 2024 ini adalah satu pertemuan yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak tempatan.

Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium North Harbour, New Zealand, dengan waktu sepak mula dijadualkan pada jam 2.00 petang waktu Malaysia.

Perlawanan ini menjadi sebahagian daripada Minggu FIFA Day, peluang terbaik untuk pasukan kebangsaan menguji kekuatan mereka di peringkat antarabangsa sekali gus memperbaiki rangking FIFA.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan perlawanan ini secara langsung, anda boleh menontonnya melalui TVS - Saluran 122 MYTV, Unifi TV, dan Astro.

Selain itu, perlawanan ini juga akan disiarkan secara live streaming di https://www.tvsarawak.my/. Jangan lepaskan peluang untuk melihat aksi skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Info Siaran Langsung New Zealand vs Malaysia

Persediaan Rapi Skuad Kebangsaan

Untuk memastikan prestasi terbaik, skuad Harimau Malaya telah tiba lebih seminggu lebih awal di New Zealand.

Dalam persediaan tersebut, mereka juga telah mengadakan perlawanan persahabatan tertutup menentang kelab Auckland FC, yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Gol Malaysia dijaringkan oleh Nooa Laine, menunjukkan pasukan sudah bersedia menghadapi cabaran yang lebih besar.

Sejarah Pertemuan Malaysia vs New Zealand

Mengimbas kembali sejarah pertemuan kedua-dua pasukan, Malaysia dan New Zealand telah bertemu sebanyak 12 kali.

Malaysia menang 2 kali, seri 2 kali, dan tewas sebanyak 8 kali. Kali terakhir Malaysia mencatat kemenangan adalah pada tahun 1999, dan ini akan menjadi peluang terbaik untuk memecahkan rekod di tempat lawan.

Keputusan Perlawanan New Zealand vs Malaysia

FT : New Zealand (4) - (0) Malaysia

  • Elijah Just 53'
  • Matthew Garbett 61'
  • Chris Wood 72'
  • Logan Rogerson 90'

Masa : 2.00 petang
Venue : Stadium North Harbour
Siaran TV : TVS
Live Streaming : tvsarawak.my

Aiman

Kaki travel weh Sponser la aku jalan | aiman6991@gmail.com

Post a Comment

Previous Post Next Post